Saturday, February 1, 2014

16 Tips Hal Dapur

Bismillah.. Assalammualaikum..


Ada di antara kita kadang-kala terlepas pandang perkara remeh hal-hal dapur. Tapi tak semua perkara remeh ini menjadi keutamaan setiap orang tapi boleh menjadi ruang penambahbaikan untuk kita semua. Ini kerana, ada antara tips ini boleh menjimatkan kita dalam banyak pekara. Lagi-lagi di waktu semua orang bercakap tentang jimat, masa untuk bertahan, semua barang naik dan lain-lain lagi. 

16 TIPS HAL DAPUR: 

  1. Letak barang ditempatnya kembali (Jimat masa anda untuk mencari di seluruh rumah)
  2. Buat dua kerja dalam satu masa. (Memasak sambil jalankan mesin basuh)
  3. Basuh telur ayam sebelum digunakan (Boleh view SINI, klau nak tahu kenapa)
  4. Siang terus ikan dan ayam sebelum masukkan ke dalam fridge. (Mudah untuk anda nak masak lepas balik kerja nanti) Tips terperinci klik SINI
  5. Basuh ayam dan ikan dengan betul sehingga hilang hanyir. Samada menggunakan asam limau, asam jawa ataupun tepung gandum.
  6. Masakan yang telah lebih 2 hari, better buang kerana bakteria telah mula merebak dan boleh mengakibatkan keracunan makanan.
  7. Gunakan minyak untuk menggoreng hanya 2 kali untuk elakkan dari dapat kolestrol tinggi. 
  8. Simpan makanan yang berlebihan di tempat sejuk beku jika mahu tahan lama sebab di suhu tersebut bakteria tak boleh hidup.
  9. Khaskan minyak tuk jenis gorengan tertentu untuk jimat minyak.. Cthnya anda nak masak nasi goreng kampung. Goreng ikan bilis terlebih dahulu sebelum menggoreng tumisan.
  10. Adunan tepung perlu dicuci terus, jangan dibiarkan lama nanti kotoran akan sukar dibasuh
  11. Sentiasa menutup/masukkan lebihan minyak dalam bekas tertutup bagi mengelakkan dapur anda berbau minyak/busuk.
  12. Rendam sayur dengan air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan batu.
  13. Tumbuk bahan tumisan seperi bawang dan cili bersama garam untuk senang hancur. 
  14. Letak barang dalam fridge didalam bekas yang transparent supaya mudah nak ambil makanan yang kita kehendaki
  15. Basuh bekas yang anda gunakan untuk "refill" bila telah habis. Contohnya, jika anda menggunakan satu bekas untuk mengisi gula, bekas tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum anda gantikan dengan yang baru. Ini bagi mengelakkan anda "refill" bahan masakan terlalu lama dalam satu bekas sehingga menjadikan bakteria membiak.
  16. Gorengan ayam atau ikan tidak boleh digunakan untuk menggoreng kuih. Kuih itu akan jadi berbau dan tak sedap.
Sekadar perkongsian dan semoga bermanfaat!

Monday, January 20, 2014

Cepat sihat Aqil Amani..

Bismillah.. Assalammualaikum..

Aqil on his 1st day at Little Caliph

Hari ini hari ke-6 Aqil Amani tak sihat. Temperature dia kejap naik kejap turun. Dan hari ni dia hanya berjaga kurang 2 jam dan yang lain dia tidur. Katanya letih. Tp temperature hari ini nampak normal. Ya Allah, berikan daku kekuatan agar anak ini bisa kuat menghadapi dugaanMu..

Baru masuk hari ke-20 tahun 2014 tapi Aqil Amani dah MC 2 hari setiap minggu. Ya Allah, berat sungguh rasa dugaan ini sebab Aqil Amani tukar sekolah tahun ini. Daku mengharapkan dia boleh mudah serasi dengan kawan sekeliling dan seronok di sini. Tapi kita hanya merancang, semua Allah yang menentukan. Semoga belum terlambat untuk Aqil Amani mendapat kawan.

Bila sesuatu dugaan menimpa baru kita tahu yang kadang-kala kita tidak cukup bersyukur dengan apa yang Dia telah berikan. Seringkali kita kecewa dengan sesuatu yang belum menjadi milik kita. Berputus asa dengan segala impian kita yang tidak tercapai. Walhal, apa yang Dia telah berikan adalah yang paling TERBAIK buat kita, hamba-Nya yang lemah.

Mari kita bersyukur dan berhenti dari meminta nikmat duniawi yang sementara, kerana kita manusia biasa yang tidak pernah puas. 

Wallahualam..


Wednesday, January 15, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

Tajuk Buku: Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis: Fathuri Salehuddin

Bismillah.. Pada mulanya daku memiliki buku ini kerana melihat Carta "Top 10" di MPH Bookstores. Getus hati "Hebat buku yang tampak biasa ini, boleh jadi No. 1 dalam carta MPH. Mengalahkan buku dari Prof Dr Muhaya". Pabila membukanya dan melihat jumlah cetakan, daku tergamam kerana adanya 11 cetakan semula dari kali pertama buku ini diterbitkan dan ianya masih lagi diulang cetak. Masya-Allah hebat penulis ini.

Daku buat keputusan untuk membelinya dan Subhana-Allah pengisian yang amat compact, straight-forward dan menjentik hati. Bayangkan daku boleh baca buku ini dengan sekali hadap! Amat mustahil bagi daku yang bukan kaki buku. :)

Antara penulisan beliau yang menjentik hati:

  1. Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain.
  2. Tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya.
  3. Ukuran dan sukatan rezeki setiap makhluk-Nya sudah siap sehingga hari kiamat
  4. Orang beriman yakin rezeki itu daripada Allah. Sedang orang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya sendiri.
  5. Ada orang yang memang percaya, rezeki itu dari Allah tetapi melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikan nombor dua.
  6. Rezeki tidak perlu dicari tetapi dijemput.
Kaedah-kaedah MENJEMPUT rezeki:
  1. Utamakan solat
  2. Solat Tahajud
  3. Solat Dhuha
  4. Zikir
  5. Doa
  6. Mendoakan orang lain
  7. Sedekah
  8. Membaca Al-Quran
  9. Asma' ul-Husna
  10. Bersyukur
  11. Tekun berusaha
Bila selesai baca buku ini, berapa banyak rezeki yang kita dapat itu tidak penting lagi sebab ALLAH akan mencukupkan rezeki setiap makhluknya. Tetapi bagaimana kita menggunakan rezeki itu ke jalan ALLAH itu yang penting, kerana 4 perkara yang ALLAH akan tanya nanti di akhirat:

Rasulullah saw bersabda, seperti yang diceritakan oleh Abi Barzah Nadhlah ‘Ubayd al-Aslamiy, yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal terhadap empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi (hadis ini bertaraf hasan sahih)


Segmen Tahukah Anda?
Yang mana satukah paling mudah, MENCARI REZEKI atau MENJEMPUT REZEKI? Berikan situasi kedua-duanya.. 
(Comment kat bawah ye kawan-2, boleh sama-2 tambah ilmu)

Review saya untuk Buku ini

Tuesday, January 7, 2014

Umrah "Super A"

Bismillah.. Assalammualaikum..

Untuk tahun 2014 ni, salah satu azam daku adalah untuk tambah lagi ilmu di dada dengan pembacaan ilmiah dan berkualiti. Sbnrnya bukan mudah, sebab daku tak minat baca penulisan yang dalam Bahasa Malaysia. Bukannya sebab daku tak respect bahasa kita tapi ada sesetengah penulis terlalu banyak meletak bunga kata dalam penulisan. Menjadikan kandungan yang ditulis berulang-ulang dan membosankan. Tapi dengan dunia yang makin moden, kini ramai penulis baru yang tahu kehendak sebenar pembaca Melayu. 

Buku Melayu pertama yang sangat aku hormati adalah: Mudahnya Menjemput Rezeki. Daku akan tulis review khas untuk buku ini kemudian. Sebab buku ini daku baca tahun lepas dan sampai kini daku masih beli untuk beri manfaat kepada sahabat-sahabat lain.

Buku Melayu yang daku maksudkan TIDAK termasuk Novel sebab daku mmg tak minat baca Novel cinta mengarut kecuali tulisan "Ramlee Awang Murshid". Penulis thriller No.1 di Malaysia. Buku beliau penuh Ilmu dan penggarapan berciri Islamik yang tidak judgemental.

Tajuk post di atas adalah buku pertama yang daku baca 2014 ini dan daku sedut segala penulisan dalam masa 1 hari sahaja. Dari situ, anda akan tahu betapa menariknya garapan penulis ini. Wpun penulisan berkenaan umrah, haji dan panduan-panduan lain agak selalu kita tengok. Kita selalu akan berasa bosan dengan gaya penulisan yang dipersembahkan. Betul tak?

Tapi bagi daku buku ini ada perspektif tersendiri dalam membawa gambaran umrah itu di mata pembaca. Bayangkan dengan hanya membaca daku tahu:
  • Tempat-tempat menarik di Makkah & Madinah
  • Sejarah Rasulullah yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik berikut
  • Cabaran-cabaran yang bakal dilalui oleh jemaah Umrah
  • Rukun-rukun Umrah dan gambarannya mengikut Tertib
  • Perjalanan sebenar dari persedian 3 bulan sebelum hingga tiba kembali ke Tanah Air
  • Doa-doa dalam maksud Bahasa Malaysia yang menusuk ke hati
  • Dan banyak lagi..
Air mata turut menitis melihat pengorbanan Rasulullah dan sahabat tika beliau menceritakan berkenaan peristiwa Perang Uhud dan ada juga ilmu-ilmu baru diselitkan dalam buku tersebut.

Segmen Tahukah Anda?
Di tempat pemakaman Rasulullah, di situ juga disemadikan sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab dan satu lagi makam kosong. Untuk siapakah makam kosong tersebut?
(Comment kat bawah ye kawan-2, sama-sama tambah ilmu)

Review Saya Untuk Buku Umrah Super A
Tulisan: Tn Hj Zainal Hj Buang


Sunday, January 5, 2014

Bila Mufti Ismail Menk Berkata-kata..

Bismillah..

Teringat kata-kata dari Mufti Ismail Menk di Facebook semalam:

"Obsessed with your phone? Take a weekend off to feel what life used to be like before it. You'll be surprised how much time you have."

Ayat-ayat ni boleh gak digunapakai untuk Facebook, Ipad dan gadget-2 lain.. Kdg-kdg kita tak sedar yang kita mengadap Facebook lebih dari sepatutnya. Bila aku baca post ni semalam, automatik bila mengadap Facebook aku akan tgk jam dan bler dah habis view newsfeed aku tgk jam balik rupanya lebih kurang 45 minit aku dok tgk apa org tulis kat facebook ataupun prepare scheduled post utk business page.

Aku comparekan pulak masa 45 minit untuk luangkan masa bersama anak aku dan suami tersayang.. Masya-Allah lamanya 45 minit.. Mcm-2 aku boleh buat rupanya. Tak kesah klau korang kata, korang ngadap facebook sebab bisnes, sebab keep in touch ngan member atau pun buat kerja sambil-2 view facebook.

Kita cubalah kurangkan masa Online ni.. Disiplinkan diri bila buat keja.. Allocatekan masa untuk kerja, keluarga, diri sendiri dan Yang Maha Khalik.. Ingat! Apa pun alasan anda, hidup kat dunia bukannya hanya untuk bisnes dalam facebook tp kita ada job yang lebih BESAR lagi..

TIPS untuk kurangkan masa di FaceBook:

  1. Bukak laptop bila kerja rumah semua dah siap
  2. Buat schedule post untuk business page anda
  3. Setkan jawapan-2 dalam notes di handphone, so bila ada customer ketika anda tidak online. Anda boleh jwb guna smartphone anda terus
  4. Buat auto-reply dalam email anda, ianya memudahkan & tampak professional
  5. Setkan waktu untuk time-off supaya anda boleh luangkan masa sesungguhnya untuk keluarga
Ingat! Rezeki tu HAK ALLAH, even kita 24 hours kat depan PC untuk secepat mungkin menjawab PM customer, klau itu bukan rezeki kita tetap tak dapat sales. Lgpun kalau slalu sgt update psl bisnes, orang akan bosan. Sebab sekarang ramai sgt buat bisnes. Aku sendiri rasa nak "delete" facebook akaun. Hurmm..

Terapkan dalam diri untuk Berserah & Tawakal atas semua usaha yang telah kita lakukan. Percayalah! Hidup akan rasa tenang.. JOM TUKAR NIAT! Dari bisnes sbb nak kaya kepada bisnes untuk ikut Sunnah Rasulullah.. 

Sekian..
Salam kasih sayang dari saya.




Saturday, January 4, 2014

Normalkah anak-anak bertulisan terbalik?

Bismillah..

Actually, saya quite worried bila anak saya (Aqil Amani) seringkali tulis huruf atau nombor dengan terbalik. Hinggakan saya kerapkali kecewa dan stres sebab saya fikirkan ianya ciri-ciri Dyslexia.

Rupanya sangkaan saya selama ini silap.. Ianya adalah kebiasaan dan ada di antara mereka yang tulis terbalik sehingga sekolah rendah. Dan sesungguhnya perkara ini adalah "NORMAL" (David Funk, konsultan pendidikan dan penulis "Love and Logic Solutions for Kids With Special Needs")

Tapi perlulah merujuk Doktor Pakar jika anak anda mempunyai masalah dalam kebolehan pertuturan dan memahami sesuatu yang sesuai untuk umur mereka, sebab ianya adalah ciri-ciri anak Dyslexia

Artikel lanjut: DI SINI

Semoga kita semua dapat membesarkan PERMATA SYURGA dengan sebaik-baik usaha dan sebaik-baik pelajaran adalah ISLAM itu sendiri.


Wednesday, January 1, 2014

Pulut Kuning & Rendang Daging

Happy New Year!! 
Selamat Datang 2014!!.. :D

"Semoga tahun ini dipermudahkan urusan kita semua 
dan mencapai keberkatan Ilahi atas semua yang kita"

Hari ni tetiba rasa nak masak "Pulut Kuning & Rendang Daging". Walaupun brg tak berapa nak cukup tapi semangat melebihi segalanya.. Hehe 

Senang banget!.. Jom cuba..

Sendiri Punya Gambar
Pulut Kuning
 - Rendam beras pulut yang telah dibersihkan bersama kunyit dan asam keping.. Biarkan 1-2 jam dan kukus.. Lepas 8-10 minit keluarkan dan gaul dengan santan yang telah dicampurkan dengan garam.. Ulang kali kedua jika SUKA.. :)

Rendang Daging
 - Panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik.. Pastu masukkan bawang putih, bawang kecil dan halia yang dihiris jugak serai.. Naik bau jer masukkan rempah kari yang telah digaul bersama cili kering/cili api (ikut tahap kepedasan anda).. Garingkan rempah sebelum masukkan daging dan sedikit air untuk lembutkan daging.. Bila daging dah lembut masukkan santan hingga tahap tertutup daging dan garam secukup rasa.. Nak kering masukkan pula kerisik & Gaul sampai kering.. (Cara N9) 

Malam-malam makan ni mmg terbaek lah.. Tips-2 naikkan berat badan.. 
P/S: Masye, amalkan setiap hari ye.. :)