Wednesday, January 15, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

Tajuk Buku: Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis: Fathuri Salehuddin

Bismillah.. Pada mulanya daku memiliki buku ini kerana melihat Carta "Top 10" di MPH Bookstores. Getus hati "Hebat buku yang tampak biasa ini, boleh jadi No. 1 dalam carta MPH. Mengalahkan buku dari Prof Dr Muhaya". Pabila membukanya dan melihat jumlah cetakan, daku tergamam kerana adanya 11 cetakan semula dari kali pertama buku ini diterbitkan dan ianya masih lagi diulang cetak. Masya-Allah hebat penulis ini.

Daku buat keputusan untuk membelinya dan Subhana-Allah pengisian yang amat compact, straight-forward dan menjentik hati. Bayangkan daku boleh baca buku ini dengan sekali hadap! Amat mustahil bagi daku yang bukan kaki buku. :)

Antara penulisan beliau yang menjentik hati:

  1. Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain.
  2. Tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya.
  3. Ukuran dan sukatan rezeki setiap makhluk-Nya sudah siap sehingga hari kiamat
  4. Orang beriman yakin rezeki itu daripada Allah. Sedang orang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya sendiri.
  5. Ada orang yang memang percaya, rezeki itu dari Allah tetapi melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikan nombor dua.
  6. Rezeki tidak perlu dicari tetapi dijemput.
Kaedah-kaedah MENJEMPUT rezeki:
  1. Utamakan solat
  2. Solat Tahajud
  3. Solat Dhuha
  4. Zikir
  5. Doa
  6. Mendoakan orang lain
  7. Sedekah
  8. Membaca Al-Quran
  9. Asma' ul-Husna
  10. Bersyukur
  11. Tekun berusaha
Bila selesai baca buku ini, berapa banyak rezeki yang kita dapat itu tidak penting lagi sebab ALLAH akan mencukupkan rezeki setiap makhluknya. Tetapi bagaimana kita menggunakan rezeki itu ke jalan ALLAH itu yang penting, kerana 4 perkara yang ALLAH akan tanya nanti di akhirat:

Rasulullah saw bersabda, seperti yang diceritakan oleh Abi Barzah Nadhlah ‘Ubayd al-Aslamiy, yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal terhadap empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi (hadis ini bertaraf hasan sahih)


Segmen Tahukah Anda?
Yang mana satukah paling mudah, MENCARI REZEKI atau MENJEMPUT REZEKI? Berikan situasi kedua-duanya.. 
(Comment kat bawah ye kawan-2, boleh sama-2 tambah ilmu)

Review saya untuk Buku ini

No comments:

Post a Comment