Tuesday, January 7, 2014

Umrah "Super A"

Bismillah.. Assalammualaikum..

Untuk tahun 2014 ni, salah satu azam daku adalah untuk tambah lagi ilmu di dada dengan pembacaan ilmiah dan berkualiti. Sbnrnya bukan mudah, sebab daku tak minat baca penulisan yang dalam Bahasa Malaysia. Bukannya sebab daku tak respect bahasa kita tapi ada sesetengah penulis terlalu banyak meletak bunga kata dalam penulisan. Menjadikan kandungan yang ditulis berulang-ulang dan membosankan. Tapi dengan dunia yang makin moden, kini ramai penulis baru yang tahu kehendak sebenar pembaca Melayu. 

Buku Melayu pertama yang sangat aku hormati adalah: Mudahnya Menjemput Rezeki. Daku akan tulis review khas untuk buku ini kemudian. Sebab buku ini daku baca tahun lepas dan sampai kini daku masih beli untuk beri manfaat kepada sahabat-sahabat lain.

Buku Melayu yang daku maksudkan TIDAK termasuk Novel sebab daku mmg tak minat baca Novel cinta mengarut kecuali tulisan "Ramlee Awang Murshid". Penulis thriller No.1 di Malaysia. Buku beliau penuh Ilmu dan penggarapan berciri Islamik yang tidak judgemental.

Tajuk post di atas adalah buku pertama yang daku baca 2014 ini dan daku sedut segala penulisan dalam masa 1 hari sahaja. Dari situ, anda akan tahu betapa menariknya garapan penulis ini. Wpun penulisan berkenaan umrah, haji dan panduan-panduan lain agak selalu kita tengok. Kita selalu akan berasa bosan dengan gaya penulisan yang dipersembahkan. Betul tak?

Tapi bagi daku buku ini ada perspektif tersendiri dalam membawa gambaran umrah itu di mata pembaca. Bayangkan dengan hanya membaca daku tahu:
  • Tempat-tempat menarik di Makkah & Madinah
  • Sejarah Rasulullah yang berkaitan dengan tempat-tempat menarik berikut
  • Cabaran-cabaran yang bakal dilalui oleh jemaah Umrah
  • Rukun-rukun Umrah dan gambarannya mengikut Tertib
  • Perjalanan sebenar dari persedian 3 bulan sebelum hingga tiba kembali ke Tanah Air
  • Doa-doa dalam maksud Bahasa Malaysia yang menusuk ke hati
  • Dan banyak lagi..
Air mata turut menitis melihat pengorbanan Rasulullah dan sahabat tika beliau menceritakan berkenaan peristiwa Perang Uhud dan ada juga ilmu-ilmu baru diselitkan dalam buku tersebut.

Segmen Tahukah Anda?
Di tempat pemakaman Rasulullah, di situ juga disemadikan sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab dan satu lagi makam kosong. Untuk siapakah makam kosong tersebut?
(Comment kat bawah ye kawan-2, sama-sama tambah ilmu)

Review Saya Untuk Buku Umrah Super A
Tulisan: Tn Hj Zainal Hj Buang


1 comment:

  1. The best casino site for slots, video poker, bingo, roulette
    Play slots, poker, and more luckyclub.live at LuckyClub Casino. Live a safe, safe and secure gaming environment and win real money playing online slots & poker!

    ReplyDelete