Saturday, February 1, 2014

16 Tips Hal Dapur

Bismillah.. Assalammualaikum..


Ada di antara kita kadang-kala terlepas pandang perkara remeh hal-hal dapur. Tapi tak semua perkara remeh ini menjadi keutamaan setiap orang tapi boleh menjadi ruang penambahbaikan untuk kita semua. Ini kerana, ada antara tips ini boleh menjimatkan kita dalam banyak pekara. Lagi-lagi di waktu semua orang bercakap tentang jimat, masa untuk bertahan, semua barang naik dan lain-lain lagi. 

16 TIPS HAL DAPUR: 

  1. Letak barang ditempatnya kembali (Jimat masa anda untuk mencari di seluruh rumah)
  2. Buat dua kerja dalam satu masa. (Memasak sambil jalankan mesin basuh)
  3. Basuh telur ayam sebelum digunakan (Boleh view SINI, klau nak tahu kenapa)
  4. Siang terus ikan dan ayam sebelum masukkan ke dalam fridge. (Mudah untuk anda nak masak lepas balik kerja nanti) Tips terperinci klik SINI
  5. Basuh ayam dan ikan dengan betul sehingga hilang hanyir. Samada menggunakan asam limau, asam jawa ataupun tepung gandum.
  6. Masakan yang telah lebih 2 hari, better buang kerana bakteria telah mula merebak dan boleh mengakibatkan keracunan makanan.
  7. Gunakan minyak untuk menggoreng hanya 2 kali untuk elakkan dari dapat kolestrol tinggi. 
  8. Simpan makanan yang berlebihan di tempat sejuk beku jika mahu tahan lama sebab di suhu tersebut bakteria tak boleh hidup.
  9. Khaskan minyak tuk jenis gorengan tertentu untuk jimat minyak.. Cthnya anda nak masak nasi goreng kampung. Goreng ikan bilis terlebih dahulu sebelum menggoreng tumisan.
  10. Adunan tepung perlu dicuci terus, jangan dibiarkan lama nanti kotoran akan sukar dibasuh
  11. Sentiasa menutup/masukkan lebihan minyak dalam bekas tertutup bagi mengelakkan dapur anda berbau minyak/busuk.
  12. Rendam sayur dengan air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan batu.
  13. Tumbuk bahan tumisan seperi bawang dan cili bersama garam untuk senang hancur. 
  14. Letak barang dalam fridge didalam bekas yang transparent supaya mudah nak ambil makanan yang kita kehendaki
  15. Basuh bekas yang anda gunakan untuk "refill" bila telah habis. Contohnya, jika anda menggunakan satu bekas untuk mengisi gula, bekas tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum anda gantikan dengan yang baru. Ini bagi mengelakkan anda "refill" bahan masakan terlalu lama dalam satu bekas sehingga menjadikan bakteria membiak.
  16. Gorengan ayam atau ikan tidak boleh digunakan untuk menggoreng kuih. Kuih itu akan jadi berbau dan tak sedap.
Sekadar perkongsian dan semoga bermanfaat!

No comments:

Post a Comment