Thursday, November 24, 2011

Jalan-Jalan Di Lake Garden, KL

Mungkin ramai orang dari luar KL tak tau yang KL mempunyai kawasan hijau yang amat cantik, luas, peaceful ditengah-tengah kotaraya. Menarik kan?..

Lake Garden , KL terletak kurang 5 minit dari Bank Negara Malaysia. Di kawasan berdekatan Lake Garden, KL ada pelbagai lagi tempat menarik seperti Tugu Negara, KL Bird Park, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Memorial Tun Abdul Razak, Taman Rama-Rama, Planetarium Negara dan beberapa pejabat agensi kerajaan. (Lihat map di bawah)


Klau pegi area sini anda boleh spend satu hari suntuk dan mungkin jugak tak cukup sbb kawasan Lake Garden pun berkeluasan 91.6 hektar ada taman permainan kanak-kanak, trek jogging, taman herba, dan macam-macam lagi. Kemudahan awam pun ada di setiap spot tersebut untuk kemudahan pengunjung.

Jom klik-klik :)








No comments:

Post a Comment