Saturday, November 26, 2011

Honeymoon Di Bandung



Salam Semua,

Hari ni tetiba Mama_Aqil teringat vacation taun lepas ke Bandung, Indonesia. Vacation pertama setelah kawin, tu yang ckp Honeymoon tu.. hehe.. Selama 5 hari 4 malam. Antara pengalaman bercuti yang amat mengujakan sebab first time ke sana dan tour sendri2 tak pakai tourist guide. Kata orang main belasah ajer.. hehe..

Kami tiba di sana pada pukul 2 petang setelah 1 jam perjalanan. Peliknya kerana kami bertolak jam 2 petang tetapi bila tibanya di Bandung, waktu masih menunjukkan jam 2 petang.. Hihi.. Sebenarnya, Bandung 1 jam lewat dari Malaysia tapi pukul 6 petang dah azan Maghrib.. :)

Kami ke sana dengan menggunakan plan Airasia Go for Holiday, di mana penginapan disediakan sekali dan setelah membuat beberapa research, kami pilih Hotel Sukajadi (3 bintang) siap dengan breakfast untuk 5 hari tersebut. Hotel ni bagi saya bagus dan kalau ke sana lagi Hotel Sukajadi akan jadi pilihan saya, lagipun ramai rakyat Malaysia, rasa makanan dia pun ok, swimming pool ada, bilik pun selesa.

Untuk memudahkan perjalanan kami, kami ambil perkhidmatan supir selama 4 hari di sana dan 1 hari lagi Complimentary dengan harga Rp1,000,000.. :) Oklah tu, minyak FREE, tol takde, ada pemandu lagi. Biasanya orang di sana jarang bagi kita drive sbb takut kita tak biasa dengan cara mereka memandu. Amat berhemah. Salute kat dorang.

Antara tempat-tempat yang kami lawati adalah:
  1. Factory Outlet - Ada banyak sangat, plan perjalanan anda untuk dapat pergi semuanya!!
  2. Pasar Baru - Mmg tempat kesukaan rakyat Malaysia. Ada 7 tingkat kot atau lebih. saya sendiri ke sana 3 kali.. :) Setiap floor ada pelbagai jenis barang seperti telekung, baju pengantin, kain-kain pasang, baju baby, langsir dan macam-macam lagi. Pandai2 lah berunding untuk harga yang murah!!..
  3. Tangkuban Parahu - Kena bayar untuk naik ke kawah tapi x ingat brapa. Murah jer. Smpai sana boleh masuk jauh lagi untuk tengok kolam air panas, yang dikatakan airnya boleh masak buat telur rebus.. Tapi tu kena bayar dan berjalan kaki. Saya bawak baby rasa mcm tak seswai.. Huhu.. Tapi kat kawasan kawah pun boleh enjoy cuaca dia yang sejuk dan naik kuda padi!!!.. Kat situ pun ada mcm2 barang yang dijual untuk souvenier.. Bwk duit jerlah..
  4. Ladang Strawberi - Sambil nak turun dari Tangkuban Parahu, boleh lah klau nak singgah di Ladang Strawberi ni. Biasa jer mcm yang ada kat Malaysia..
  5. Tempat Makan yang best - Kami selalu nak puas makan gi Restoran Simpang Raya, menyajikan masakan padang. Sampai owner bagi diskaun sbb asik muka kitaorang jer.. Huhu.. Selain tu, ada gak supir bwk gi makan tpt lain tapi hanya ada 2 jenis makanan jer konfirm Halal mengikut supir tu iaitu Masakan Padang dan Masakan Sunda, Jgn risau kalau tgk restoran tu layanan 5 star dan tempat 5 star tapi rega dia murah banget!!!.. Mmg puas kalau makan.. :) Tapi rindu gak ngan nasi lemak n roti canai mamak.. hehe
  6. Untuk buah tangan, bolehlah ke Kartika Sari, menjual mcm2 jenis kek dan kuih yang sodap2.. Tp rega mcm KL..
Kebanyakkan tpt kami pegi 2 -3 kali sebab tak puas dan blur ms first time smpai sbb jenuh nak kira currency.. hehe.. So do prepare..

Antara preparation yang perlu:
  1. Tkyah bwk byk sgt baju, hanya bwk byk beg sbb klau anda pegi 1 beg mesti blk 3 beg punya.. Hehe
  2. Jgn mudah bg sedekah , anda mungkin dikejar.
  3. Jg wallet anda dari di tengok pekedai, silap hr bulan anda diberi harga mahal.
  4. Pakai seat-belt klau tak melayang Rp100,000.
  5. Bgn awal untuk dapat kepuasan maksima jalan2 di sana sbb malam tkde aktiviti sgt.. Factory outlet pun tutup pukul 6@7 x silap..
  6. Pastikan anda buat perbandingan currency terlebih dahulu sebelum shopping.
  7. Enjoy your Holiday!!!

No comments:

Post a Comment