Monday, April 29, 2013

Birthday Celebration

Umur Aqil Amani dah genap 4 tahun pada 07.03.2012.. Hanya pada umur dia 3 tahun baru kami start celebrate, itupun dengan keluarga sahaja. Cuma yang rutin sejak dia berumur setahun, kami masak pulut kuning dan rendang ayam untuk sedekah pada yang bekerja ataupun jemaah surau seusai solat. Itupun dengan tangan dia sendiri. Kenapa ye agaknya?.. 


Mama Aqil agak risau melihat trend celebrate birthday anak kecil dengan cara yang berlebihan.. Biarpun anak kecil itu hanya berusia setahun. Apa agaknya yang kita mahu tunjuk atau terapkan dalam diri anak kecil ini agaknyer? 

Dua persoalan untuk kita sama-sama jawab, dengan jawapan itu, kita akan tahu samaada kita mendidik amanah Allah untuk menjadi RAKSASA bler dia dewasa nanti ataupun PENCEN KUBUR saat kita di alam kubur..

Anak-ku semoga kamu menjadi anak yang SOLEH, pendakwah dan pemimpin UMMAH..

Wallahualam..


No comments:

Post a Comment