Sunday, March 24, 2013

Anugerah Allah..

Assalammualaikum..

6 Do's & Don'ts bagi ibubapa yang ada anak kecil.. Terutama yang berumur 7 tahun ke bawah. Khas untuk peringatan diri ku ini.. Huk..huk..

Prof Dr Muhaya; anak-anak dilingkungan usia 0-7 tahun ibarat "sponge". Akan menyerap apa sahaja yang bakal dan telah dilihatnya.

  1. Cakap penuh lembut - Berbicara penuh kelembutan agar kelak kita juga rasa kelembutan itu.
  2. Tingkah laku yang sopan - Biarpun di depan anak-anak, kita perlu sentiasa sopan dan baik supaya akan dicontohi oleh mereka.
  3. Ajari solat - Biarpun hanya melihat kita bersolat. In sha Allah, mereka akan merasa solat itu aktiviti WAJIB bagi setiap insan dan akan rasa kosong tanpa SOLAT.
  4. Buat kebaikan - Lakukan aktiviti derma dan melawat orang lebih susah. Secara tidak langsung, kita sedang menanam sifat rendah hati dan bersyukur kepada mereka.
  5. Lawati taman-2 atau padang-2 permainan - Amat baik untuk terapi minda dan jiwa seorang anak kecil, berbanding ke pusat membeli-belah dan maksiat (karaoke & panggung wayang).
  6. Ajar untuk menghafal - Pada usia ini, kemampuan anak kecil ini menghafal adalah menakjubkan. Betapa rugi bagi ibubapa yang kehilangan waktu berharga ini jika tidak mengasah minda anak ini dengan menghafal doa-doa ringkas mahupun surah-surah ringkas.
Wahai para ibu bapa, janganlah leka... Anakmu akan membesar tanpa kau sedari. Peganglah Amanah Allah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati. Jangan dikau sesekali berasa bangga dengan anak yang sedozen tapi tidak mampu membaca Yassin dikala dirimu sedang tenat dan nazak.

Biarpun ada seribu guru dan pensyarah yang mengajar tetapi andalah tetap bertanggungjawab memberi ilmu agama dan membentuk peribadi muslim ke atas anak-anakmu. Jika tidak, bersedialah untuk dipertanggungjawab nanti di Padang Mashar.. Nauzubillah..

Semoga zuriat ku ini, biarpun hanya satu tetap aku pelihara ke jalan-Mu Ya Allah.. Tetap aku akan sentiasa ingatkan dia pada-Mu Ya Rabb. Sesungguhnya Kau lah pemilik alam fana ini. Semuanya hanya sementara, yang kekal abadi hanyalah alam akhirat.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment