Friday, December 14, 2012

Seminar Bahagia & Membahagiakan

Apakah matlamat kita dalam hidup adalah berbeza dengan apa cita-cita kita dah besar nanti. Alam akhirat lebih besar jika dibandingkan dengan alam dunia. Oleh itu, lapangkan dada dan masa kita untuk menghadiri seminar dan program-program yang dijalankan oleh mereka yang berjihad demi Allah SWT.

Pada bulan lepas, kami menghadiri Seminar Bahagia & Membahagiakan yang telah di anjurkan oleh As-Sohwah iaitu dr Prof Dr Muhaya Mohamed, Pakar Mata & Pakar Motivasi alaf baru bertempat di UIAM, Gombak. Dalam seminar tersebut, beliau akan membuatkan kita tersedar yang hidup ini adalah MUDAH!.. :D

Baca buku beliau yang bertajuk "celik mata reset minda" bagi yang tidak berkesempatan atau belum pernah mengenali beliau. Tune in our life, to live a life by DESIGN. Jangan dok pk apa yang orang cakap, sebab kebanyakkan yang dicakap akan memberi ion negatif kepada kita. 

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang seminar tersebut.. Khas saya hadiahkan buat adik ipar saya yang  tersayang. Tanda penghargaan setelah bergelar siswazah dan motivasi untuk beliau mengorak langkah pertama dengan membuka "Pusat Rawatan Bekam Ala Spa" di Mahsuri, Pulau Langkawi.

Doa akak sentiasa mengiringi dirimu, Dan ingat-lah KEJAYAAN pasti datang bagi mereka yang ber-USAHA. Cepat atau lambat itu urusan ALLAH. Tapi akak pasti jika dirimu Istiqamah, In sha Allah, anak-anak Mama Hjh Asiah akan lebih berjaya.

Wallahualam..


No comments:

Post a Comment