Wednesday, December 12, 2012

Muhasabah Diri

Bila kita rasa orang lain Salah
Bila kita rasa orang lain Jahat
Bila kita rasa orang lain Teruk
Sebenarnya semuanya tertuding pada diri KITA

Cuba kita TUKAR;

Semua orang BETUL
Semua orang BAIK
Semua orang BAGUS
Lihat nanti bagaimana DUNIA berpusing dengan PARADIGMA baru ini

Masya-Allah kawan-kawan..

Saya pernah rasa betapa sempitnya hidup ini bila memikirkan betapa teruknya insan itu. Tetapi bila satu hari dengan satu sujud, satu AURA kerendahan hati tiba-tuba wujud. Maka saya buka fikiran saya untuk tidak memikirkan betapa teruknya insan itu tetapi melihat betapa bagusnya dia.

Sejak dari itu, saya rasa betapa LAPANGNYA dunia ini. Selalunya saya akan lari bila berdepan dengan masalah dan individu yang tidak satu arah dengan saya. Tetapi bila fikiran kita berubah, maka tindakan kita juga turut BERUBAH. Kini, saya dengan insan tersebut bukan hanya bersalaman tetapi juga berpelukan seperti sahabat yang BAIK. Allahuakbar!

Saat ini kata-kata Prof Dr Muhaya terngiang-ngiang di telinga dan mindaku.. Semuanya selepas "Seminar Bahagia & Membahagikan" tempoh hari.. 


Credit to: Mr Google
~Melihat dunia dengan kasih sayang, In sha Allah.. Dunia juga akan melihatmu dengan kasih sayang~

No comments:

Post a Comment