Friday, October 14, 2011

ISLAM kah ANDA??


Assalammualaikum...

Dah lama Mama_Aqil nak luahkan apa yang dirasa tentang cara pemikiran kebanyakkan rakan2 di Facebook. Status di FB memang hak masing2 tapi semua itu mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Sekiranya, di status anda penuh dengan kata2 negatif, anda tidak menyumbang apa2 kepada sahabat2 FB anda. Tetapi sekiranya anda penuhi status dengan status ilmiah dan kata2 positif, InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat dan anda juga mendapat saham akhirat.

Paling kelihatan status yang memprovok seperti perkara2 berbau politik. Yang memalukan, orang2 melayu dan Islam yang bercakaran sesama sendiri. Apa hak kita untuk menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah?.. Sedih melihat setiap kata2 yang dihamburkan. Apakah tiada cara lain yang lebih baik untuk menasihati? Dulu, begitukah cara Rasulullah menasihati sesuatu yang salah oleh orang2 Jahiliyah???...

Kita semua sayang akan Agama kita kan?.. Apakah dengan cara mengutuk, membenci umat Rasulullah yang tersasar dari landasan adalah cara terbaik untuk memperjuangkan Islam?.. Ini hanya membuatkan mereka lebih jauh dan kita yang menjadi salah satu faktor tersebut. Tak rasa bersalah ke?..

Anda mahu memperjuangkan Islam, tapi tengok solat anda, tengok pakaian anda, tengok cara anda bercakap dengan kedua ibu bapa, cara melayan pasangan, cara melayan anak2, cara melayan rakan sekerja dan jiran2.. Adakah mengikut semua suruhan Allah dan sunnah Rasulullah???...

Tidak semua manusia dilahirkan sempurna imannya, baiki diri kita dahulu dan InsyaAllah kita dapat betulkan satu ummah.. Mula dari diri anda, keluarga anda dan anak anda... Kalau semua buat macam ni, Islam akan se-gah dulu dari semua segi.

Ingat!! Jangan hanya Islam di IC.. Mulakan dengan menjaga auratmu.. Saya doakan anda semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.. Maaf jika coretan ini menyakitkan tetapi ini adalah usaha saya untuk membetulkan yang pincang..

Wassalam

No comments:

Post a Comment