Friday, October 11, 2013

Progress of Our "AZAM"





Assalammualaikum..

Tak lama jer lagi kita nak sambut AidilAdha..
Itu bermakna, tak lama lagi kita nak tutup buku 2013 dan buka buku baru 2014..
Sekejapnyer.. Btul orang cakap: pejam, celik, pejam, celik.. Hurm..

Cmner azam 2013 anda? Dah tercapai atau tidak?.. 
Klau dalam progress, Alhamdulillah sebab anda ada masa lagi untuk capai azam tersebut,
Tapi bagi yang rasa-rasa belum "take any action", patut pk azam lain yang boleh capai sebelum akhir 2013,
Maknanya, tiada istilah terlewat.. Setiap hari ada peluang untuk kita capai asalkan kita BERTINDAK.

Azam daku pulak, pd asalnya adalah untuk kumpul duit bagi menunaikan UMRAH untuk tahun 2014. Maknanya, azam-ku diextend hingga bulan Februari 2014. Tapi aku challenge diriku sendiri untuk kumpul duit sebelum Disember 2013. Dan Alhamdulillah, hingga bulan lepas, progress azam aku tinggal lagi 10% untuk terlaksana. 

So, untuk baki lagi 2 bulan aku berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tertunggak untuk 100% financially FREE by end of 12/2014. Sebenarnya, memang susah sebab ikut jadual semua hutang akan settle pertengahan 2015 tapi apa salahnya kita segerakan yang patut. Manalah tau usia kita tak panjang ataupun masa-masa kedepan kita tak berapa nak senang. Baik sediakan payung sebelum hujan.. Betul tak?

Semua yang kita nak capai, semuanya perlukan pengorbanan. If you are not brave enough, it is so sad.. Ikutilah, pengorbanan dan keberanian Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Kita perlu berkorban sikit jer untuk dapat hasil besar sebab semua kemudahan dah ada. Tapi mereka dulu? Sanggup ditinggalkan di padang pasir kontang.. Sanggup disembelih hidup-hidup.. Masya-Allah.. Hebat kan?

Kita?.. Tak sanggup susah, tak sanggup keluar dari kepompong sebab seronok hidup di ZON SELESA.. Sampai bila nak berubah, sampai bila cita-cita nak kesampaian. Daku jua berjumpa dengan tembok besar yang menjadi halangan untuk cita-citaku tapi akan cuba sedaya upaya untuk buang segala EGO, KESELESAAN dan PANDANGAN MANUSIA demi kejar AZAM-ku itu.

Nak tahu apa tembok besar tu?.. Kita cerita bila tembok besar itu ku runtuhkan.. Insya-Allah bulan depan.. :)

Wallahualam..



No comments:

Post a Comment