Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 2012

Assalammualaikum..wbt..

Bertemu kembali dalam blog ini setelah lama menyepi kerana tuntutan kerja. Kini bertemu kembali ketika hati perlukan teman berbicara. Sebelum lupa, Salam Ramadhan buat semua muslimin & muslimat semoga bulan ini membawa keberkatan dan cahaya dalam dunia kita yang serba kekurangan ini.

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik dari 1000 bulan dan di dalamnya ada satu malam yang  dinanti iaitu Malam LailatulQadar. Sama-sama kita jadikan Ramadhan ini lapangan untuk kaut pahala dan satu platform untuk memperbetulkan segala apa yang silap 11 bulan sebelum ini. InsyaAllah..

Inilah masa terbaik untuk muhasabah diri. Kdg-kala perkara yang kita anggap kecil, adalah besar bagi org lain. Gunakan elemen situasi untuk kita bertindak. Di mana kita berpijak. Sedap di mulut kita, tidak bagi orang lain. Cantik bagi kita, tidak bagi yang lain. Merendah diri itukan lebih baik. Bersederhana lagi baik. Tidak rugi kita pelajari sesuatu yang baru. Mempelajari sesuatu yang bukan di ZON SELESA kita. Asalkan semua itu sesuatu yang baik.

InsyaAllah.. Aku percaya, kalau kita berbuat baik kita akan dibalas baik. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Tidak mungkin Dia akan biarkan hamba dia terluka...

Wassalam..

No comments:

Post a Comment