Monday, May 9, 2011

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


Kali ni nak story tentang diri sendiri plaks sbb masa tuk berfoya-foya telah digantung buat sementara waktu sbb baru kluar hospital. Ini hari ke-3 aku berpantang tanpa baby setelah menjalani pembedahan laporoskopik (3-4 tebukan di perut) di Pusat Perubatan di Cheras pada 5/5/2011 yang lepas.

Itu pun setelah 2 minggu rawatan susulan yang dilakukan di bahagian kecemasan. Amek darah, scan perut dan scan bawah. Setelah 5 minggu mengandung janin/kantung bb masih lagi tak dapat dikesan. Aku hanya berdoa untuk yang terbaik walaupun berulang kali Doc menyatakan yang aku mungkin mengandung luar rahim (Echtopic Pregnancy).

Setelah masuk minggu ke-7, Doc membuat scanning dengan scanner yang lebih jelas dan ketika itu Doc mengesahkan dengan pasti yang di dalam rahim mmg tiada kandungan tetapi di sebelah kanan tiub fallopia terdapat cyst (cecair yang mengandungi air/darah) dan sebelah kanan tiubku berkemungkinan besar adalah kandunganku.

Memang sedih, tak berenti air mata ni nak mengalir, dahlah dimasukkan ke wad yang ramai orang bersalin. Tensen weh tengok baby yang comel2.. Tapi aku bersyukur sbb kandungan aku dapat dikesan awal. Klau tak dengan aku skali yang akan parah.

Operation makan masa lebih kurang 3 jam lebih dan lepas operation mata aku masih mengantuk dan tak dapat nak bercakap dengan husband aku yang tertonggok lama kat wad sbb tggu aku. Sian dia. Kesan-kesan ubat bius yang jadi aku, mata aku belah kiri merah dan pedih, bukan setakat mata rupanya husband aku kata semua anggota belah kiri aku merah mcm lebam. Selain tu, esoknya pkul 3 pagi nak kencing x bleh.

Punyalah dugaan, panggil nurse 15min baru dtg sbb tido, nak kencing tak boleh dia soh paksa, 4 jam aku dalam toilet, tobat dia x prasan. Last2 pkul 7 lebih Doc dah dtg aku paksa soh jolok gak bagi kencing aku kuar 900ml tu beb. Mau x pengsan, sampai demam-2 aku. X psl2 kena tahan wad 1 hari lagi. Pastu brlah lega dan Doc syorkan untuk pasang tiub bagi organ aku tu berehat buat sementara waktu.

Alhamdulillah esoknya, demam aku kebah dan bila try urine aku BERJAYA!!.. Hehe.. Ketika tulah baru aku tau betapa nikmatnya dapat kencing.. Bersyukur atas segalanya. Dan akhirnya pada pkul 3 petang 7/5/2011 aku dibenarkan discharge.

Banyak yang aku belajar dari pengalaman yang tak ternilai ni. Aku baru merasakan betapa nikmatnya kehidupan anugerah tuhan. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara - Sihat sebelum Sakit, Kaya sebelum Miskin, Muda sebelum Tua, Hidup sebelum Mati & Lapang sebelum sempit.

No comments:

Post a Comment