Monday, March 7, 2011

Sandakan, Sabah


Tarikh Percutian: 26.02.2011 - 04.03.2011
Penerbangan: Air Asia
Tempat tinggal: Thanks to HOMESTAY VILLA PERMAI (click for more info). Affordable and suit for big family. But swimming pool & gym is still under progress.



Tempat-tempat WAJIB lawat:
  1. Sandakan Crocodile Adventure Land - Pertunjukan buaya diadakan setiap hari pada pukul 11.45a.m & 4.00p.m. Binatang lain juga ada dan anda berkesempatan untuk memberi mereka makan. Fee adalah RM7 untuk dewasa & RM4 untuk kanak-kanak (4-12 tahun)
  2. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre - Feeding time untuk Orang Utan adalah pada jam 10.00a.m & 2.00p.m. Anda perlu berjalan sepanjang kurang 500meter melalui hutan tebal diatas jambatan yang disediakan untuk ke Pavilion dimana pertunjukan itu berlangsung. Fee adalah RM5 untuk dewasa & RM10 kamera yang dibawa masuk. Pastikan anda ke sana bukan pada waktu tengkujuh/hujan kerana sukar untuk melihat Orang Utan kerana mereka bersembunyi mencari teduhan.
  3. Poring Hot Spring - Perjalanan ke Poring mengambil masa 4-5 jam dari Bandar Sandakan. Pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya Kolam Air Panas, Canopy walk, Butterfly Farm & Air Terjun. Dibuka dari jam 9.00a.m - 4.00p.m. Saya syorkan anda bermalam di sini untuk lebih menikmati percutian yang lebih menyeronokkan.
  4. Pasar Umum Sandakan - Terletak di tengah-tengah Bandar Sandakan. Setiap tingkat menjual barangan yang berbeza. Tingkat bawah sekali menjual hasil laut yang segar-segar dan murah, sayuran-sayuran, ikan masin, ikan bilis, dan buah-buahan. Tingkat 2 adalah food court dan kedai-kedai menjual kraftangan, souvenier dan pakaian. Perlu pandai tawar untuk mendapatkan harga yang murah. Tips: Datang ketika hari bekerja, mulai hari Jumaat harga barang akan mahal dan sukar untuk tawar-menawar.
  5. Pasar Ikan Beluran - 2 jam perjalanan dari Bandar Sandakan. Menjual pelbagai hasil tangkapan laut yang baru ditangkap di atas kapal nelayan. Harga amat murah. Pilihan yang banyak. Ketam-ketam pun masih hidup lagi.
Saranan tempat makan:
- Bagi orang Semenanjung, mungkin ramai yang merasakan amat sukar untuk mencari tempat makan yang sesuai dengan selera masing-masing. Tetapi ada beberapa tempat yang anda perlu cuba iaitu Restoran Asam Pedas (berdekatan bulatan menuju ke Sandakan Crocodile Adventure Park) dan Pasar Sim-Sim (untuk penggemar ikan bakar & chicken wing).
- Kebanyakkan hari kami di sana, kami masak sendiri hasil laut yang kami beli. Lagi yummy dan kena dengan selera. Klau tidak pun kami cari KFC. ;)

Untuk melihat gambar-gambar ketika kami di Sandakan sila klik CUTI-CUTI SANDAKAN

No comments:

Post a Comment