Showing posts with label Mama Aqil - Selfnote. Show all posts
Showing posts with label Mama Aqil - Selfnote. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Progress of Our "AZAM"





Assalammualaikum..

Tak lama jer lagi kita nak sambut AidilAdha..
Itu bermakna, tak lama lagi kita nak tutup buku 2013 dan buka buku baru 2014..
Sekejapnyer.. Btul orang cakap: pejam, celik, pejam, celik.. Hurm..

Cmner azam 2013 anda? Dah tercapai atau tidak?.. 
Klau dalam progress, Alhamdulillah sebab anda ada masa lagi untuk capai azam tersebut,
Tapi bagi yang rasa-rasa belum "take any action", patut pk azam lain yang boleh capai sebelum akhir 2013,
Maknanya, tiada istilah terlewat.. Setiap hari ada peluang untuk kita capai asalkan kita BERTINDAK.

Azam daku pulak, pd asalnya adalah untuk kumpul duit bagi menunaikan UMRAH untuk tahun 2014. Maknanya, azam-ku diextend hingga bulan Februari 2014. Tapi aku challenge diriku sendiri untuk kumpul duit sebelum Disember 2013. Dan Alhamdulillah, hingga bulan lepas, progress azam aku tinggal lagi 10% untuk terlaksana. 

So, untuk baki lagi 2 bulan aku berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tertunggak untuk 100% financially FREE by end of 12/2014. Sebenarnya, memang susah sebab ikut jadual semua hutang akan settle pertengahan 2015 tapi apa salahnya kita segerakan yang patut. Manalah tau usia kita tak panjang ataupun masa-masa kedepan kita tak berapa nak senang. Baik sediakan payung sebelum hujan.. Betul tak?

Semua yang kita nak capai, semuanya perlukan pengorbanan. If you are not brave enough, it is so sad.. Ikutilah, pengorbanan dan keberanian Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Kita perlu berkorban sikit jer untuk dapat hasil besar sebab semua kemudahan dah ada. Tapi mereka dulu? Sanggup ditinggalkan di padang pasir kontang.. Sanggup disembelih hidup-hidup.. Masya-Allah.. Hebat kan?

Kita?.. Tak sanggup susah, tak sanggup keluar dari kepompong sebab seronok hidup di ZON SELESA.. Sampai bila nak berubah, sampai bila cita-cita nak kesampaian. Daku jua berjumpa dengan tembok besar yang menjadi halangan untuk cita-citaku tapi akan cuba sedaya upaya untuk buang segala EGO, KESELESAAN dan PANDANGAN MANUSIA demi kejar AZAM-ku itu.

Nak tahu apa tembok besar tu?.. Kita cerita bila tembok besar itu ku runtuhkan.. Insya-Allah bulan depan.. :)

Wallahualam..



Tuesday, June 11, 2013

Kerja

Hari ini dan semalam, rumah sepi tanpa suara Aqil Amani. Sesungguhnya anak kecil ni pembawa ceria biarpun kdg kala mereka penduga kesabaran. Hilang marah dan penat melayan keletahnya dikala rindu dan sepi bertandang..

Ya Allah.. Semoga Kau jadikan aku seorang ibu yang penyayang dan penyabar supaya anakku menjadi seorang insan yang pengasih dan penyejuk perutku.

Desakan kerja membuat aku terpaksa tinggalkan Aqil Amani sekejap dengan uwannya.. Dekat jer kt Cheras tapi rasa mcm jauh sangat. Anak sorang; dialah racun dialah penawar.. 

Rindu kat Aqil.. Esok mama dtg amik ye..

Saturday, May 11, 2013

Searching for JANNAH..

Assalammualaikum..

Hari ni hari Sabtu.. Ramai yang ada bersantai dirumah kali ini.. Aku pon sama, br lepas vakum & mop rumah tapi Mr Hubby bekerja waktu ini.. Chill yo.. :D

Start aku berulang alik hantar Aqil dari Damansara ke Cheras ni, aku rasa penat sangat.. Rumah tk teratur.. Makan tak teratur.. Keja tak teratur.. Tapi In sya Allah.. dengan niat murni aku, Alhamdulillah rezeki tak pernah putus.. Cuma perlu penyesuaian sket dari segi stamina aku.. Kena upgrade.. :D Act fast for FAST result..

Klau aku sakit, sapa nak hantar Aqil pergi sekolah? sapa nak kemas rumah? sapa nak jaga Aqil bler papa dia pergi kerja? sapa nak uruskan papa Aqil?.. Bestnyer hidup kat dunia ni kan .. Sentiasa sibuk dengan aktiviti harian.. Bayangkan klau kita takde benda nak buat?.. Mesti banyak perkara maksiat kita akan terjebak.. Nauzubillah... Minta dijauhkan..

So.. ENJOY!!!! Setiap apa yang Allah coretkan untuk kita pasti ada HIKMAH.. Don't eva look back.. And alwiz pray to Allah, to give us the strength to fulfill our responsibility as Khalifah of Allah.. So that, we will meet Him at Jannah.. Forever...

Thursday, March 28, 2013

Malam Jumaat

Malam Jumaat tiba lagi,
Surah Yassin kususuri,
Syahdu hati menyelubungi,
Titisan mengalir tanpa sedari.

Buat Arwah Ayahandaku yang tercinta,

Ku titip warkah ini ke syurga, moga dirimu berbahagia disana.

Tidak sesaat aku melupakan dikau, kerana kau tetap raja dihatiku. Penawar dikala duka, penyeri di kala sunyi dan penambah rasa di kala suka.

Nani rindu Babah.. 😪😪

Hacked by Anonymous Squad No. 035

Yesterday, my blog has been hacked!!! What the ...??!!
Blog I yang tak berapa ada viewer pon dorang teringin nak hack.. Please lah.. Cari yang susah sket bro.. But I hacked them back!

Bravo Iron Lady!!! Hehe.. Alhamdulillah.. It went back to normal.. I really need this blog to express my feelings rather than FB. I hate FB!!.. I hate it because it makes us selfish and greedy. :'(

Btw, thanks to Allah for giving me back my blog.. Syukran.. 



Monday, March 25, 2013

File Rack

Dari pagi td dok pk psl susunatur office. Nak buat lebih santai & convenient bler client dtg. Dgn niat nak kurangkan informality.

So dlm dok tringat, yang hok ni dok legor2x dlm pala. Berat2x.. Nak yang IKEA aje. Huhu

Nak tengok apa yg terbuku di hati dan berlegar di minda???... Jeng..jeng..jeng

Jaga tepi kain (Good Side)

Hari ini tetiba rasa nak jaga tepi kain orang.. :)
Sebab saya suka orang jaga tepi kain saya. Sebab saya tak sempurna. Sebab saya nak jadi lebih baik.. Bestkan?..

So, untuk renungan hari ini.. Saya selitkan komentar dari Dr Harlina Siraj tentang isu dalam akhbar baru-baru ini.. Bukan untuk menghangatkan suasana tapi ikhtibar.. Wallahualam..


Salam ukhuwah

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.  

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!'

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
  1. Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!  
  2. Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
  3. Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan.  Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
  4. Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. 
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

 
Salam ukhuwah :

Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Sunday, March 24, 2013

Anugerah Allah..

Assalammualaikum..

6 Do's & Don'ts bagi ibubapa yang ada anak kecil.. Terutama yang berumur 7 tahun ke bawah. Khas untuk peringatan diri ku ini.. Huk..huk..

Prof Dr Muhaya; anak-anak dilingkungan usia 0-7 tahun ibarat "sponge". Akan menyerap apa sahaja yang bakal dan telah dilihatnya.

  1. Cakap penuh lembut - Berbicara penuh kelembutan agar kelak kita juga rasa kelembutan itu.
  2. Tingkah laku yang sopan - Biarpun di depan anak-anak, kita perlu sentiasa sopan dan baik supaya akan dicontohi oleh mereka.
  3. Ajari solat - Biarpun hanya melihat kita bersolat. In sha Allah, mereka akan merasa solat itu aktiviti WAJIB bagi setiap insan dan akan rasa kosong tanpa SOLAT.
  4. Buat kebaikan - Lakukan aktiviti derma dan melawat orang lebih susah. Secara tidak langsung, kita sedang menanam sifat rendah hati dan bersyukur kepada mereka.
  5. Lawati taman-2 atau padang-2 permainan - Amat baik untuk terapi minda dan jiwa seorang anak kecil, berbanding ke pusat membeli-belah dan maksiat (karaoke & panggung wayang).
  6. Ajar untuk menghafal - Pada usia ini, kemampuan anak kecil ini menghafal adalah menakjubkan. Betapa rugi bagi ibubapa yang kehilangan waktu berharga ini jika tidak mengasah minda anak ini dengan menghafal doa-doa ringkas mahupun surah-surah ringkas.
Wahai para ibu bapa, janganlah leka... Anakmu akan membesar tanpa kau sedari. Peganglah Amanah Allah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan rendah hati. Jangan dikau sesekali berasa bangga dengan anak yang sedozen tapi tidak mampu membaca Yassin dikala dirimu sedang tenat dan nazak.

Biarpun ada seribu guru dan pensyarah yang mengajar tetapi andalah tetap bertanggungjawab memberi ilmu agama dan membentuk peribadi muslim ke atas anak-anakmu. Jika tidak, bersedialah untuk dipertanggungjawab nanti di Padang Mashar.. Nauzubillah..

Semoga zuriat ku ini, biarpun hanya satu tetap aku pelihara ke jalan-Mu Ya Allah.. Tetap aku akan sentiasa ingatkan dia pada-Mu Ya Rabb. Sesungguhnya Kau lah pemilik alam fana ini. Semuanya hanya sementara, yang kekal abadi hanyalah alam akhirat.

Wallahualam..

Make Yourself at Home.. Really???

Assalammualaikum..

Hari ni I nak list kan 6 Do's & Don'ts when we visit someone, especially bler kita overnite atau lebih.. Tak kira lah, sedara, ipar duai, mertua or kengkawan.
Yang biasa kita BACA

  1. Wake up early - Act, benda ni hari2 kena bangun awal tp klau nak tido balik sebab penat sesgt better lepas breakfast / mandi. Jgnlah pkul 11 br nak kuar blek dgn muka belum mandi.
  2. Make a bed - Ini penting! After wake up must make your bed and kemas your room as tidy as you can. Sebab ianya melambangkan diri anda samaada pembersih atau sebaliknya. Eww!!..
  3. Tolong kerja dapur  - Masak bler di"request" shj. Sbb selera anda tak sama dengan selera tuan rumah. So ini dapat avoid dari kena complain atau merosakkan deria rasa tuan rumah.
  4. Tolong kerja rumah - Normally, kita kdg2 mmg tak tau nak buat apa kat rumah org smpaikan asik ngantuk ajer.. Ahaks!.. So, apa yang kter bleh buat adalah tolong sidai kain, angkat kain, lipat kain ataupun sapu sampah. Kerja-2 rutin yang kita biasa buat kat rumah.. Senang kan?..
  5. Light OFF! - Klau rasa nak tido tutuplah lampu bilik dan bila dah kuar bilik, tutuplah kipas. Jangan membazir duit orang.
  6. Letak barang ditempatnya semula - Lepas dah guna sst brg put at the same place. Sbb kter guna brg org kan?.. So respect aturan tuan rumah supaya bler dia nak crk balik brg dia x kalut... Hehe
Actually ke-enam2x petua ini adalah attitude yang perlu ada dalam diri seseorang. Bukan hanya ketika di rumah orang, tetapi juga di rumah sendiri. Ianya melatih disiplin diri supaya hidup lebih teratur dan seimbang.

Also, please aware dengan privacy tuan rumah dan respect cara aturan rumah tersebut walaupun kita tak suka. Kata org; masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. Ikutlah adat melayu yang sopan dan santun. Tak rugi pon.. Sbb nanti bler org dtg rumah kita, sudah tentu dia akan behave seperti mn kita behave..

Wallahualam..


Wednesday, December 12, 2012

Muhasabah Diri

Bila kita rasa orang lain Salah
Bila kita rasa orang lain Jahat
Bila kita rasa orang lain Teruk
Sebenarnya semuanya tertuding pada diri KITA

Cuba kita TUKAR;

Semua orang BETUL
Semua orang BAIK
Semua orang BAGUS
Lihat nanti bagaimana DUNIA berpusing dengan PARADIGMA baru ini

Masya-Allah kawan-kawan..

Saya pernah rasa betapa sempitnya hidup ini bila memikirkan betapa teruknya insan itu. Tetapi bila satu hari dengan satu sujud, satu AURA kerendahan hati tiba-tuba wujud. Maka saya buka fikiran saya untuk tidak memikirkan betapa teruknya insan itu tetapi melihat betapa bagusnya dia.

Sejak dari itu, saya rasa betapa LAPANGNYA dunia ini. Selalunya saya akan lari bila berdepan dengan masalah dan individu yang tidak satu arah dengan saya. Tetapi bila fikiran kita berubah, maka tindakan kita juga turut BERUBAH. Kini, saya dengan insan tersebut bukan hanya bersalaman tetapi juga berpelukan seperti sahabat yang BAIK. Allahuakbar!

Saat ini kata-kata Prof Dr Muhaya terngiang-ngiang di telinga dan mindaku.. Semuanya selepas "Seminar Bahagia & Membahagikan" tempoh hari.. 


Credit to: Mr Google
~Melihat dunia dengan kasih sayang, In sha Allah.. Dunia juga akan melihatmu dengan kasih sayang~

Saturday, September 22, 2012

Everything is OK!

Kadang kala bila fikiran terlalu bercelaru, tangan tidak bisa menulis. Hanya yang kedengaran dengusan hati yang merintih. Aku tahu segala-galanya telah tertulis, maka dengan itu aku berserah dan pasrah. Aku tahu mungkin ini adalah ZAKAT yang aku perlu lunaskan untuk apa yang telah aku capai selama ini. Alhamdulillah, Dia masih sayangkan aku. Bersangka baik untuk segalanya. 

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 2012

Assalammualaikum..wbt..

Bertemu kembali dalam blog ini setelah lama menyepi kerana tuntutan kerja. Kini bertemu kembali ketika hati perlukan teman berbicara. Sebelum lupa, Salam Ramadhan buat semua muslimin & muslimat semoga bulan ini membawa keberkatan dan cahaya dalam dunia kita yang serba kekurangan ini.

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang terbaik dari 1000 bulan dan di dalamnya ada satu malam yang  dinanti iaitu Malam LailatulQadar. Sama-sama kita jadikan Ramadhan ini lapangan untuk kaut pahala dan satu platform untuk memperbetulkan segala apa yang silap 11 bulan sebelum ini. InsyaAllah..

Inilah masa terbaik untuk muhasabah diri. Kdg-kala perkara yang kita anggap kecil, adalah besar bagi org lain. Gunakan elemen situasi untuk kita bertindak. Di mana kita berpijak. Sedap di mulut kita, tidak bagi orang lain. Cantik bagi kita, tidak bagi yang lain. Merendah diri itukan lebih baik. Bersederhana lagi baik. Tidak rugi kita pelajari sesuatu yang baru. Mempelajari sesuatu yang bukan di ZON SELESA kita. Asalkan semua itu sesuatu yang baik.

InsyaAllah.. Aku percaya, kalau kita berbuat baik kita akan dibalas baik. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Tidak mungkin Dia akan biarkan hamba dia terluka...

Wassalam..

Friday, October 14, 2011

ISLAM kah ANDA??


Assalammualaikum...

Dah lama Mama_Aqil nak luahkan apa yang dirasa tentang cara pemikiran kebanyakkan rakan2 di Facebook. Status di FB memang hak masing2 tapi semua itu mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Sekiranya, di status anda penuh dengan kata2 negatif, anda tidak menyumbang apa2 kepada sahabat2 FB anda. Tetapi sekiranya anda penuhi status dengan status ilmiah dan kata2 positif, InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat dan anda juga mendapat saham akhirat.

Paling kelihatan status yang memprovok seperti perkara2 berbau politik. Yang memalukan, orang2 melayu dan Islam yang bercakaran sesama sendiri. Apa hak kita untuk menentukan siapa yang betul dan siapa yang salah?.. Sedih melihat setiap kata2 yang dihamburkan. Apakah tiada cara lain yang lebih baik untuk menasihati? Dulu, begitukah cara Rasulullah menasihati sesuatu yang salah oleh orang2 Jahiliyah???...

Kita semua sayang akan Agama kita kan?.. Apakah dengan cara mengutuk, membenci umat Rasulullah yang tersasar dari landasan adalah cara terbaik untuk memperjuangkan Islam?.. Ini hanya membuatkan mereka lebih jauh dan kita yang menjadi salah satu faktor tersebut. Tak rasa bersalah ke?..

Anda mahu memperjuangkan Islam, tapi tengok solat anda, tengok pakaian anda, tengok cara anda bercakap dengan kedua ibu bapa, cara melayan pasangan, cara melayan anak2, cara melayan rakan sekerja dan jiran2.. Adakah mengikut semua suruhan Allah dan sunnah Rasulullah???...

Tidak semua manusia dilahirkan sempurna imannya, baiki diri kita dahulu dan InsyaAllah kita dapat betulkan satu ummah.. Mula dari diri anda, keluarga anda dan anak anda... Kalau semua buat macam ni, Islam akan se-gah dulu dari semua segi.

Ingat!! Jangan hanya Islam di IC.. Mulakan dengan menjaga auratmu.. Saya doakan anda semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.. Maaf jika coretan ini menyakitkan tetapi ini adalah usaha saya untuk membetulkan yang pincang..

Wassalam

Monday, July 4, 2011

NOTA KECIL


Seringkali keyakinan itu menipu diri kita..
Kita percaya pada keyakinan itu..
Hingga menjadi hijab yang kukuh di antara kebenaran yang hakiki..




Image: Thanks to Mr Google

Monday, May 9, 2011

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


Kali ni nak story tentang diri sendiri plaks sbb masa tuk berfoya-foya telah digantung buat sementara waktu sbb baru kluar hospital. Ini hari ke-3 aku berpantang tanpa baby setelah menjalani pembedahan laporoskopik (3-4 tebukan di perut) di Pusat Perubatan di Cheras pada 5/5/2011 yang lepas.

Itu pun setelah 2 minggu rawatan susulan yang dilakukan di bahagian kecemasan. Amek darah, scan perut dan scan bawah. Setelah 5 minggu mengandung janin/kantung bb masih lagi tak dapat dikesan. Aku hanya berdoa untuk yang terbaik walaupun berulang kali Doc menyatakan yang aku mungkin mengandung luar rahim (Echtopic Pregnancy).

Setelah masuk minggu ke-7, Doc membuat scanning dengan scanner yang lebih jelas dan ketika itu Doc mengesahkan dengan pasti yang di dalam rahim mmg tiada kandungan tetapi di sebelah kanan tiub fallopia terdapat cyst (cecair yang mengandungi air/darah) dan sebelah kanan tiubku berkemungkinan besar adalah kandunganku.

Memang sedih, tak berenti air mata ni nak mengalir, dahlah dimasukkan ke wad yang ramai orang bersalin. Tensen weh tengok baby yang comel2.. Tapi aku bersyukur sbb kandungan aku dapat dikesan awal. Klau tak dengan aku skali yang akan parah.

Operation makan masa lebih kurang 3 jam lebih dan lepas operation mata aku masih mengantuk dan tak dapat nak bercakap dengan husband aku yang tertonggok lama kat wad sbb tggu aku. Sian dia. Kesan-kesan ubat bius yang jadi aku, mata aku belah kiri merah dan pedih, bukan setakat mata rupanya husband aku kata semua anggota belah kiri aku merah mcm lebam. Selain tu, esoknya pkul 3 pagi nak kencing x bleh.

Punyalah dugaan, panggil nurse 15min baru dtg sbb tido, nak kencing tak boleh dia soh paksa, 4 jam aku dalam toilet, tobat dia x prasan. Last2 pkul 7 lebih Doc dah dtg aku paksa soh jolok gak bagi kencing aku kuar 900ml tu beb. Mau x pengsan, sampai demam-2 aku. X psl2 kena tahan wad 1 hari lagi. Pastu brlah lega dan Doc syorkan untuk pasang tiub bagi organ aku tu berehat buat sementara waktu.

Alhamdulillah esoknya, demam aku kebah dan bila try urine aku BERJAYA!!.. Hehe.. Ketika tulah baru aku tau betapa nikmatnya dapat kencing.. Bersyukur atas segalanya. Dan akhirnya pada pkul 3 petang 7/5/2011 aku dibenarkan discharge.

Banyak yang aku belajar dari pengalaman yang tak ternilai ni. Aku baru merasakan betapa nikmatnya kehidupan anugerah tuhan. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara - Sihat sebelum Sakit, Kaya sebelum Miskin, Muda sebelum Tua, Hidup sebelum Mati & Lapang sebelum sempit.